Thursday, 18 October 2012

Pureen Clearance Sales is Back!!

Hehe. beriya buat entri pasal clearance sale kan ;p

Ibu-ibu kat luar sana, jom p cari barang baby lagi...


Boleh tengok kat sini..
Pureen Clearance Sales


Ehh hujung November tu.. Sempat ke tak tak tahu la nak pergi.. Berangan.. hehe. entah-entah dah tak larat nak jalan.. mungkin jugak dah terberanak... ;p

Wednesday, 17 October 2012

Leaking... Air ketuban bocor??


**Artikel ni sesuai untuk bakal ibu & ibu-ibu sahaja ok @.@ **


Arrgh sakitnya kaki. Tak boleh nak move.. Tengok jam, pukul 3 pagi.. Hmm makanya encik suami jadi mangsa, dikejutkan untuk mengurut.. Huhu sori b.. terpaksa..

Tiba-tiba... eh basah la. kenapa ye.. takkan terkencing kot. Hmm tak de bau.. ngantuk sangat.. tidur balik sambil menikmati kesakitan diurut kaki yang cramp.. huhu

Esok paginya, rutin harian di pagi hari. Facebooking, bloggering.. Tiba-tiba terbaca topik air ketuban bocor./pecah dalam group Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung.

Oh apekah?? Jadi cuak tiba-tiba bila teringat semalam. Maka carian diluaskan dengan bantuan encik Google.. Nak tahu info pasal ketuban, sila google ye.. hehe. Saya cuma nak kongsikan pengalaman checkup je..

Debaran semakin terasa. Baca lagi.. Jadi confuse pulak.. Lama berfikir, berkira-kira nak buat checkup di hospital or tak. Mintak pendapat doktor, disarankan untuk checkup di hospital. Tanya hubby, pun sama. Maklumlah, dah 31 minggu 4hari.. Haishh mula la tak keruan.. Tak senang duduk. Masak pun main campak-campak je. Hehe

8.10 malam, bertolak ke Hospital Putrajaya. Kami pergi ke Kecemasan. Bila tanya kat kaunter pendaftaran, kami dimaklumkan kena daftar di Dewan Bersalin. Hehe.. Manalah kami tahu. Tak ada pengalaman kan.

"Ye, ada apa masalah?"
~Saya suspect air ketuban leaking ... bla bla bla..

"Kenapa tak datang lagi awal puan? Walaupun tak pasti, kena datang checkup sebab kalau betul leaking, lebih dari 24jam, baby boleh dapat infection ye.. Takpe, kita buat checkup.. .."

Ok. Sedikit lega. Tapi tetap berdebar-debar sebab dah tau prosedurnya. Baca pengalaman ibu-ibu lain, doktor akan 'seluk' macam buat VE. Dengar cerita sangat sakit. Ouchh.. Sabar-sabar.

Lepas cek BP, timbang berat (aduhh naik hampir 2kg seminggu.. abis la kena refer ngan doktor lagi pasni..), nurse suh kencing,bukak seluar & baring atas katil.Pasang timing belt kat perut, cek jantung baby. Macam biasa lah baby ummi. Asal buat cek up je, mesti diam. sangat behave...hee

Sambil-sambil tu, doktor tanya-tanya soalan. Baik je..Maklum lah, doktor muda. Baru je posting kot. Mungkin baru jugak masuk department tu sebab staff pun baru berkenalan dengan dia. Hmm kurang sikit nervous. Tiba-tiba terdengar pulak orang kat katil sebelah menangis-nangis, siap bertakbir Allahu akbar, Allahu akbar.. alamak ketar lutut dengar.. dia dah nak terberanak ke? huhu.takuuuut

Ahh abaikan. Fokus pada doktor.

"ok, akak bengkokkan kaki ye. macam ni.. (sambil betulkan kedudukan.)"

Uii malunya rasa nak kangkang. Tapi buat bodoh je. Dah set dalam mind memang kena seluk kan. So, redha jela.

"memang tak selesa sikit, tapi akak tahan ye. Jangan lawan, nanti sakit.... "

Speculum dimasukkan..

"masuk je sedalam mungkin... " kata rakan doktor tu..

Aduhh berdebar. Siap-siap doa supaya dipermudahkan, tahan sakit .. La haulawala quwwatailla billah.. Bismillahitawakaltu a'lallah..

Alhamdulillah, tak seazab yang dibayangkan. Tak berair pun mata menahan sakit. Hehe. Dapat jugak merasa pengalaman VE ye. Macam ni rupanya.. Lepas tu, doktor seluk pulak jari tengahnya. Yang ni sakit la jugak.. Tahan je..

Ini rupa speculum tu .. Muncung panjang tula yang akan dimasukkan dalam vagina kita k.. bayangkan.. bayangkan... :p

Ehsan google

Alhamdulillah doktor cakap ok, tak ada leaking. Tapi kena tunggu analisis report dulu.

 Sambil tunggu doktor dapatkan bacaan jantung baby tu, member-member doktor sembang tanya-tanya. Ada la seorang lagi doktor muda ni argue dengan member kepada doktor yang buat checkup tadi. " ntah-ntah semen tak?".. "tak tau.. ko tanya la.." ishh aku ada kat depan ni, tanya la sendiri kan.. Ingat aku tak paham ke istilah 'semen' yang dia guna tu... "bila last akak bersama dengan suami?..."
Adoii la.. dah setahun kot aku kahwin, dah pregnant pun. Takkan la aku tak tahu nak beza semen dengan cairan lain. Ketuk kepala doktor ni kan! Kena kahwin cepat la kalau macam ni. Tanya soalan pun biarlah kena tempat, guna common sense tu. Ye tak?.. Malas aku nak layan.. =,=

Sementara tu, kena tunggu result dari doktor dulu. Borak-borak dengan orang kat katil sebelah tadi. Rupanya sama kes. Dia pun suspect leaking jugak, tapi dah 34 minggu. Merah matanya. Yelah, dia menangis beriya tadi kan. Sakiiitt katanya. Dia terkejut sebab tak expect doktor akan seluk... huhu. Sian pulak. Agaknya sebab dia takut sangat, so sakitlah kan..

Tengah-tengah berborak tu, terdengar la doktor-doktor muda tadi bercakap-cakap pasal semen tu. "ada jugak la semen keluar 2 3 hari lepas bersama.. dia lambat sikit... " Ehh yeke .. entahlah aku malas nak fikir. Dah ambil sampel dari vagina aku tadi kan, ha kajilah ye doktor, betul ke tak semen.. huhu

Ingatkan dah selesai checkup.Doktor panggil untuk scan. Eh seronoknya boleh tengok baby lagi.. Tapi... hampeh. Skrin tu mengadap dia je. Doktor tadi panggilkan doktor lain (mungkin lebih senior). Doktor lelaki. Dorang duk bercakap-cakap sesama dia je. Rupanya doktor yang buat VE tadi memang tak ada pengalaman. Nak pakai mesin scan pun dia tak tahu. Nak cari kedudukan baby pun tak pasti. Jadi bahan eksperimen kejap perut saya. Tak ape doktor, saya relakan. Hehe.

Doktor lelaki tu bagitahu, air ketuban masih banyak. Baby pun ok. Tak ada leaking. Kalau leaking biasanya rasa 'burst', meleleh or bertakung. Mungkin bercampur darah sikit, & kencing agak sakit. So, tak ada masalah la..

Saya tanya.. 'macam mana nak tahu samada cairan yang kluar ni normal discharge or leaking ye doktor?..

"kita memang tak tahu, sebab tu kena buat ujian. 5 test yang kita buat tadi, semunya negatif. Kalau ketuban, kertas litmus tu akan bertukar jadi pink, sebab dia acidic kan. Kalau awak ada rasa tak selesa ke sakit apa-apa, boleh je datang terus. Appointment dengan klinik O&G seminggu dari sekarang k."

Aduh penatlah kena berulang ke hospital pulak. 18.10 appointment dengan PZM di KK, 23.10 dengan hospital. 24.10 checkup lagi di KD. Kesian encik suami kena amik half day.

10.30 malam, selesai la semua urusan. Alhamdulillah baby ok, semuanya selamat. Lega sangat. Barulah terasa lapar balik.. Servis pun ok. :)

P/S ** ibu-ibu kat luar sana, jangan takut untuk buat checkup kalau tak pasti tentang apa-apa k. Demi baby, jangan bertangguh.. Dapatkan kepastian barulah hati tak risau. Dah berusaha, barulah kita boleh berdoa, tawakal. Jangan pasrah je menunggu k ^__^






Monday, 24 September 2012

Baby movement ~ Upon 28 weeks pregnancy T__T

Terasa rajin menghantui diri. Hehe. Terasa ingin mencoretkan pengalaman mengenai pergerakan baby dalam perut ni.. Pengalaman paling best seorang ibu bila dapat merasa pergerakan baby dalam perut... 

Saya dapat rasa 'quickening'  ((En Wiki ; In pregnancy terms, quickening is the moment in pregnancy when the mother starts to feel or perceive fetal movements in the uterus )) seawal 4 bulan setengah, bersamaan dengan 18 minggu hamil. Agak cepat untuk anak pertama kan. Melalui pembacaan saya, biasanya masuk minggu ke 20 barulah ibu-ibu dapat rasa pergerakan baby dalam perut. Tapi, bergantung jugak, tak semua orang ada pengalaman yang sama.

Imbas Kembali...........

Kali pertama, rasa macam geli-geli je kat dalam perut ni. Rasa macam 'bubble' pun ada. Macam kena 'geletek' dari dalam pun ada. Hehe.. Seronok je... Lama-kelamaan, makin besar pergerakan yang saya dapat rasa daripada baby kicking, pusing-pusing, menggeliat..

Carta Pergerakan Bayi 

Masuk minggu ke 27, semua mak buyung diwajibkan untuk tandakan Carta Pergerakan Bayi dalam buku pink tu.. Maka bermulalah episod tanda menanda, kira mengira.. 

Hari pertama, saya sangat-sangat lah risau.. Untuk cukupkan kiraan 10 kali gerakan dalam masa 12 jam tu, sangatlah menyeksakan dan merisaukan. Cukup-cukup pukul 8 malam, baru saya dapat bacaan akhir.. Baby agak pasif. Apa jadi dengan baby ummi ni... Siap menangis lagi sebab risau. 
Kerisauan saya ni berdasarkan 2 faktor yang menyebabkan saya sangat berhati-hati & ambil  berat tentang pengiraan pergerakan bayi ni. 

1) Saya adalah pesakit GDM - risiko untuk baby 'lemas' @ meninggal dalam perut agak tinggi T___T
Nauzubillah ya Allah.. Takut saya nak nyatakan, tapi itulah hakikatnya. Saya sering diingatkan tentang risiko ni setiap kali checkup. 

2) 4D scan menunjukkan tali pusat baby saya terbelit di leher - Saya dinasihatkan untuk memantau secara serius pergerakan bayi kerana khuatir baby lemas terbelit dengan tali pusat. Ya Allah.. memang dugaan yang hebat untuk saya. Masa buat scan haritu, memang berdebar bila tengok tali pusat terlilit kat leher baby. Saya diberitahu, kedudukan tu tak akan kekal sehinnga lah baby berusia 35 minggu (boleh baca entri saya sebelum ni.. ). Tapi, perlu berhati-hati. Jika rasa kurang pergerakan dalam masa 12 jam, perlu terus rujuk kepada doktor untuk check jantung baby ok @ tak. 

Hari pertama pengiraan tu, baby saya agak lemah. Pergerakan pun tak kuat macam biasa. Baby hanya menendang. Tak ada pergerakan kuat macam biasa. Puas saya pujuk baby, dia hanya respon dengan tendangan yang slow je. Setiap kali tu lah air mata menitik... T___T. dah la duduk sorang kat rumah.. Tak putus saya doa supaya baby selamat.. Saya dah berkira-kira nak rujuk doktor. Bila bincang dengan encik suami, kami decide untuk tunggu sampai esok. Kalau malam masih tak bergerak, esoknya pergi ke klinik. Malam sebelum buat perkiraan tu, baby tak bergerak langsung. Saya bergolek-golek tidur menelentang ke, mengiring ke kiri ke, mengiring ke kanan ke, masih tak ada respon dari baby. Biasanya cepat je baby bergerak-gerak alih kedudukan dia dalam perut ni.. Itu kali pertama saya tidur tanpa rasa sakit perut & tanpa rasa pergerakan baby. Serius, tak rasa macam mengandung! Mana saya tak risau kan... 

Alhamdulillah, malam tu pujuk-pujuk lagi baby, dapat respon yang baik. Baby dah makin aktif. Tendang la kuat-kuat baby, Ummi tak kisah baby nak buat aksi apa kat dalam ni. Ummi seronok je kalau baby gerak. Jangan buat ummi risau ye sayang... T____T

Analisis ~

Saya perasan beberapa perkara berkaitan dengan pergerakan baby ni. Saya notice  baby saya mula pasif sejak hari buat scan 4D. Yela, baby asyik tidur je, tak bangun-bangun walaupun dah puas kejut dia. Biasanya baby ummi ni sangat aktif. Pantang kena usik terus 'kick'. Hero kan... Kebetulan hari tu, bacaan BP saya agak rendah 99 je. Bila teliti balik, baru teringat malam tu saya minum benda alah ni..
Yeaaa kafein! Aduh ~ Sape suruh carik pasal kan. Saya ni dah la spesis HB low (talasemia minor), ada gastrik, so Kafien ni adalah minuman larangan sepanjang kehamilan.. Memang betul agaknya kafien ni bagi kesan kat baby saya.. Saya ada surf tentang kesan pengambilan kafien masa hamil ni. 

Antaranya ;
# kesukaran penyerapan zat besi
# kehilangan kalsium
# menjejaskan kadar jantung & pernafasan bayi
# melambatkan perumbuhan janin
# menyebabkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.
# menyebabkan pengecutan saluran darah, jadi mengurangkan pengaliran darah ke uri, seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen & nutrien kepada bayi
~ boleh baca lebih detail kat sini Kesan kaffien -Dr Zubaidi 

Memang insaf la saya bila baca semua info ni... Kesian baby kan. Ibu-ibu hamil kat luar sana, beringatlah untuk baby anda ye ^^ 

Kedua, malam sebelum saya buat carta pergerakan tu, saya makan Samurai Burger. Yakni, makanan yang baby saya tak suka. Uhuks~. Baby saya ni selera tradisional ye. Sejak awal mengandung, asyik mengidam masakan kampung je. SAY NO TO WESTERN UMMI! Gitu lah gamaknya dia cakap kat dalam ni. Sejak saya mengandung ni, pandang spageti nak muntah, tengok pizza tak selera, KFC, MCD semua tamau! Makan kek Secret Recipe pun 1 slice pun tak abis okeh.  Pendek kata, TAKNAK TAKNAK TAKNAK. Saya ingatkan mungkin sebab saya alahan, tu yang tak ada selera. Tapi rupanya memang baby taknak. 3 bulan pertama, 4 kali saya cuba makan burger. Burger McD, burger Bakar Kaw kaw, burger tepi jalan semuanya keluar balik k. Tak sampai setengah jam, burrrr semua terhambur keluar, muntah.. Huhuhu. Cukup lah rasanya eksperimen makanan ni. Hehe

Oh ye, kenapa saya rasa bab makan ni mempengaruhi baby jugak. Saya ada baca beberapa blog yang cerita tentang ni jugak. Ada satu mum-to-be ni, dia share babynya tak banyak bergerak since dia makan something yang mungkin baby tak suka. Doktor nasihatkan untuk makan makanan yang baby suka untuk trigger movement baby. Ha, ternyata baby seronok menendang-nendang balik. Bila teringat macam tu, saya pun cuba la. Saya terasa sangat nak makan ABC & ikan keli goreng, dah lama mengidam tapi tak sempat pergi cari. Semalam dapat makan, alhamdulillah pergerakan baby dah aktif. Seronok dia berguling-guling kat dalam ni. . Eh, tapi.. tapikan.. ni pandangan peribadi jela. Tak semestinya betul kan ;p

Tuesday, 18 September 2012

4D Scan with Jezz ^^

Assalamualaikum... ^^

Antara moment yang paling ditunggu-tunggu mana-mana mommies pun kat dunia ni adalah scan baby dalam perut. Kan kan.. Haaa begitulah teruja nya saya pergi scan baby. Tak sabar nak intai baby buat apa kat dalam tu. Asyik kena tendang kedebuk-kedebuk, geletek guling-guling joget-joget je kan.. Hehe. Tak sabar jugak nak tau baby ummi ni putera ke puteri.. 

Tiba lah hari yang ditunggu-tunggu, 16 September 2012. Hari Malaysia k.. Daripada selepas Subuh, baby diam je kat dalam ni. Time solat Subuh, baby gerak kejap je. Dia pun bangun solat sama agaknya.. Bagus anak ummi.. Hihi.. Tapi lepas tu, baby senyap je.. Tidur ya baby ummi ni. Ummi sempat siapkan sarapan roti sardin gulung. Hubby puji sedap.. hehe.Ummi makan 4 roll bersama dengan susu segar.. Haa kenyang sangat agaknya baby ummi ni diam jek.

Dalam perjalanan, masih diam.. Aiii baby.. Biasanya baby ummi lasak sangat berkungfu sakan dah time ni. Hari ni tiba-tiba pasif semacam jek.. Huhu..Tak pelah, bagi masa baby rehat dulu.. Sampai klinik cun-cun je pukul 9.40 am.Lepas pendaftaran, ada checkup test BP & air kencing. Prosedur biasa.. Alhamdulillah semua ok walaupun BP saya makin menurun...

Jam 10.00 am, miss Jezz yang cantik manis tu panggil nama saya. Mula-mula buat scan 2D dulu nak tengok position baby. Haaa baby syok tidur. Elok je menelentang gitu. So, si Jezz kejut la baby suruh bangun jap nak tengok muka tu. Tak layannn.. Geramm ummi tengok. Hehe.

Baby angkat kaki ke muka dulu. Agaknya bagi can ummi tengok gonad tu dulu. Hehe. Tak malu anak ummi. 

Kaki kat atas muka ..Dushh.


Itu birdie's nya... ;p
 Taraaa... dah tak suprise. awal-awal baby dah tunjuk. Hehe. Sah anak ummi ni teruna! So betullah instinct ummi, family & abahnya ok. Cuma mak mertua saya je yang teka baby girl. ^^

Ok, sekarang untuk tengok rupa baby ummi pulak.. Suspen sikit macam muka sapa ni... Kejut-kejut tak nak bangun jugak. Siap buat muka berkerut-kerut, tenyeh-tenyeh mata bila kitorang kejut. Aisshh Kiut je boleh tengok anak ummi. Happy yang amat.... Ada dalam 3 4 kali baby ummi ni menguap-nguap. Kuat tidur ye.. Ikut ummi ke abah ni? Hehe.. Nasib baik baby tak tutup muka tu. So boleh la ummi tengok... 
 
Baby mengantuk la ummi.. Jangan kacau ~
 
Huaarhh.. Menguap lagi. Ayyoo anak ummi ni...
 
Baby buat muka.. berkerut-kerut je kena kejut. Marah yee.... ;p
Hmmmm sambung tido balik... 
Bertuah anak ummi. Sampai ke sudah tidur ye... Tak de can ummi nak tengok baby senyum, gerak-gerak.. Alahai.. Since dah kejut-kejut baby tak nak bangun jugak, selesai la sudah proses scan nya. Lebih kurang 15 minit je.. Ummi tak puas la sayang. Rasa macam tak nak balik je, Nak tengok puas-puas baby ummi kat dalam ni.. Hehe.. Nasib baik dapat gambar print out, soft copy & cd video sekali. So, bila-bila masa je ummi boleh review balik kat rumah..

Kalau anda semua perasan, dalam gambar tu tali pusat baby terlilit kat leher kan? Risau sangat-sangat saya tengok. Saya tanya Jezz, memang akan tetap ke position baby macam tu, risau baby akan terbelit tali pusat nanti..Jezz explain sekarang ni baby masih lagi aktif, so dia agak sentiase ubah kedudukan. So, tali pusat tu tak statik macam tu la. Sehingga minggu ke 35 ke atas, perlu scan 2D untuk tengok baby dah ke bawah atau belum. Time tu baru kedudukan baby statik.  "umbilical cord is everywhere around baby body... as long as u can feel d movement of the baby 10 kick per day should b ok... bcoz d baby is keep moving & play wif d umbilical cord.... N if the umbilical cord around d neck during delivery.. the doctor will monitor the fetal heart beat ... if the fetal heart beat during delivery is abnormal.. may suspect cord around the neck.. so will do emergency cesarean... so its doesnt matter & quite common case.... juz need to monitor baby movement will do" ...Lega sikit saya mendengarnya.. 

Saya dapatkan jugak pandangan beberapa orang doktor berkenaan hal ni. Penjelasan yang lebih kurang sama saya dapat. .. "Biasanya at the current gestational age, baby masih kecil dan boleh berpusing dlm perut ibu. Kedudukan itu tak akan kekal. Tapi jika bimbang, boleh bawa jumpa obstetrician utk pemantauan..." Saya dinasihatkan untuk pantau pergerakan baby.

Alhamdulillah lega dapat penjelasan dari sumber yang sepatutnya. Bukan apa, bila saya surf internet ni, macam-macam cerita saya dapat. Seram dibuatnya. Ada beberapa kes baby meninggal terbelit tali pusat. Ada yang bagi petua orang lama. Ada yang sarankan berurut dengan bidan. Tapi, pada hemat saya, bukan alternatif yang baik sebab kita tak tahu kedudukan baby dalam perut kan. Tambah pulak, nak cari bidan yang betul-betul mahir zaman sekarang ni memang susah la.. Ehh ada jugak yang jual ubat sebagai alternatif untuk betulkan kedudukan baby songsang.. Errkk?? boleh ek. Haduh macam-macam. Kalau la betul ada alternatif macam tu, dah tentu-tentu doktor pun tak kan pilih ceaser sebagai langkah penyelamat kan.. Hehe..Pendapat peribadi saya la kan.. Pendapat korang?...

Paling penting, kena dapatkan maklumat yang tepat, dari sumber yang boleh dipercayai jika kita ada sebarang kemusykilan. Jauhkan la perkara yang kita sendiri tak pasti. Silap-silap boleh bawak kepada khurafat, syirik kan.. Nauzubillahi min zalik.. 

Kiut je kan... ^^

Saturday, 15 September 2012

FRAGILE!! Handle with Care & Love ^^

 
Only 13 more weeks to go~
 
My baby's (2 lbs and 14.5 in!) amazingly complex and delicate central nervous system is now starting to regulate their body temp, breathing and is the cause of those tiny hiccups that feel like butterfly drumbeats in my womb. 
 
Recent fascinating fetal research shows that my baby can somewhat feel what I feel. In other words, when I'm happy they're happy -- and when I'm stressed out constantly it hurts their brain development. So be nice to me!
 
Hehe.. Alhamdulillah dah masuk 27 minggu. Dah besar anak ummi.. Time ni anak ummi tengah develop brain. Sangat elok untuk amalkan  Omega oil kan.. Tapi sayangnya saya punya supplement dah cair. Kapsul Omega Plus tu pecah sebab balik raya haritu letak ubat dalam kereta. Jauh perjalanan kan.. So nak makan pun tak berani.. Huhu. Nak buang memang la sayang.. Mahal beli kan.. Agak-agak kalau letak dalam peti balik, ok tak? hehe.. Cuba jela ye.. 
 
Hmmm time ni jugak baby ummi dah develop emotion. So, apa yang ummi rasa, baby pun dapat rasa. So, abah be careful! Jangan buat ummi sedih, merajuk.. Hehe.. Maklum lah, mak buyung ni memang sensitip sikit... Sabar je la ye... Kesian anak ummi. Jangan ikut perangai ummi yang tak berapa senonoh ni ye sayang..... ;p

Friday, 14 September 2012

Diet Ibu GDM :)

Assalamualaikum....

Hehe.. tajuk entri bukan main lagi ye.. Sebenarnya, saya pun bukan la expert bab-bab diet GDM ni. Masih belajar jugak. Bukan nak kongsikan menu diet pun, cuma nak kongsikan pengalaman & tips yang tak seberapa ni. Paling penting, sebagai ingatan & rujukan saya & anak cucu di masa akan datang nanti.. hehe.. 

Kebiasaannya, sebagai ibu yang ada GDM, kita akan diberikan briefing berkaitan pemakanan yang betul a.k.a diet yang betul. Kita akan diberikan pamplet berkaitan penerangan dan juga cadangan menu yang bersesuaian. Ada jugak yang akan dirujuk kepada PZM (Pakar Zat Makanan) untuk konsultasi lanjut (Saya terselamat sebab nurse lupa agaknya.. hehe... ). 

Selain tu, pakcik google juga membantu, ada beberapa website berkaitan dengan GDM ni. Tapi, hati-hati ye. Disarankan rujuk sumber yang reliable sebab ini soal penting berkaitan kesihatan ibu & baby. Jangan ambil mudah soal pemakanan ni. Risau saya tengok ada beberapa kenalan saya yang ada GDM, tapi tak kontrol makan, asyik makan fast food je.. Pengalaman bakal ibu yang dikongsikan dalam blog masing-masing juga membantu sedikit sebanyak.. Boleh rujuk mana-mana yang anda rasa selesa. Salah satu blog yang saya suka Tanya Dietitian. Banyak info yang sangat berguna untuk rujukan kita. 

Saya jugak banyak bertanyakan pengalaman orang-orang sekeliling terutama family berkaitan GDM ni. Lebih kurang sama la info yang saya dapat. Kuncinya ...

 "KURANGKAN KARBOHIDARAT & GULA, BANYAKKAN SAYUR" 

Saya sendiri banyak bereksperimen untuk cek sendiri diet yang paling sesuai. Memanglah agak terseksa kena control nafsu makan ni.. huhu.. Tapi percayalah, tak la susah sangat pun. Lagipun, sihat je menunya. Say NO to air manis ok. Banyakkan air kosong, susu**. Kalau rajin, blend buah buat jus tapi TANPA GULA k. Sedap jugak setiap hari berlaukkan ikan bakar & sayur (sedapkan hati... makanan dah macam makan orang dalam pantang.. huuuu ..). Tapi serius, manis je rasa isi ikan tu kan.. tambah pulak dengan sayur yang dicelur je.. Still kenyang walaupun makan nasi 2 senduk rata je per serving. 

Makan sikit,tapi kerap. Penting untuk elakkan kadar gula tinggi. Tak reti nak explain. Hehe.. Ada jugak yang silap fikir hari nak test gula tu, dorang tak makan nasi tapi ganti dengan roti. Sebenarnya kadar gula laaaaagi tinggi bila kita ambil roti putih kosong sekeping berbanding dengan nasi 2senduk + ikan+ sayur. Saya dah buat eksperiment ok.. Kalau nak ambil roti, pilih yang wholebread tu.. Yang tu langsung tak de gula. Cicah 2keping dengan susu untuk sarapan, bacaan gula baru 4.3 mmol.

Setakat ni bacaan gula saya ok. Paling tinggi pun 5.9 mmol. Itu pun sebab saya makan roti putih untuk sarapan. Hee.. Hmmmm seksanya nak dapat seorang anak kan. Ujian untuk ibu. Tapi bila muhasabah balik, besar hikmahnya Allah bagi ujian ni untuk saya, sekurang-kurangnya saya jaga pemakanan untuk saya & baby. Kalau ikutkan nafsu orang mengandung ni, memang teruklah pemakanannya.. Heheheh.. 

Insaf seketika..... “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216) 

**Info susu : hari tu saya godek-godek tentang susu terjumpa statement ini .. "Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia..Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!. .." 
Errr.. so, seolah-olah tak de makna lah kita minum susu low fat kalau macam ni. So saya dapatkan klarifikasi daripada dietitian berkenaan hal ni. Memang betul statement ni,... But there is guideline for manufacturer to fortified their milk to ensure the vitamins remains more or less the same... hihi.Lega la sikit bila dapat pencerahan dari dietitian ni. Sebab saya ni lactose intolerance, so memang akan chery-berry bila consume whole milk a.k.a fresh milk.. So, untuk yang tak de sebarang masalah, minumlah fresh milk untuk kebaikan penuh ye :D

Scan di KK

Assalamualaikum..

Dipendekkan cerita, entri ni sambungan kepada entri sebelum ni Oh My GDM.. Rentetan daripada entri tersebut, saya di refer kepada doktor di KK. 

DR : K, kenapa ya awak direfer?..

Err.. asal doktor tanya saya.. sepatutnya refer la pada buku pink saya tu, sister dah siap letak sebab refer tu. kan guna shortform, medical term pulak tu. mana la saya tahu nak explain kat doktor.. 
So, sy explain la dengan bahasa mudah, ikut kefahaman saya.. Pertama sebab GDM la.. perlu scan perut. Kedua, sebab SOB (Short of Breath).. ni pun saya search balik kat pakcik google sebab sister just tulis SOB bila saya cakap saya susah nak bernafas, tidur pun kena pakai 3 bantal, kalau tak terkapai-kapai lemas tak boleh bernafas... ffuuuh. Semput! 

Jadi, doktor pun scan la.. hmmm dia diam je seribu bahasa.. Terpaksa la saya tanya macam mana perut saya, baby saya, berapa berat baby, saiz baby.. barulah doktor cakap dan print kan result scan tu.. Huhu.. jenuhla macam ni kan.. Apa salahnya doktor terangkan je kat pesakit. Memang tugasnya kan.. Masa scan tu, doktor godek-godek la jugak gender baby ...

DR : awak nampak tak gonad dia tu.. girl ke boy?.. girl kot.. entahla.. saya pun tak tahu.. (sambil senyum ..)

Ok.. hmmmm since doktor sendiri pun tak pasti, saya laaaagi la tak tahu. nampak bulat je kat tengah. Time scan tu, baby dalam posisi meniarap, di scan dari belakang (boleh bayang tak macam mana? hehe..) so, nampak tapak kaki dan paha dan tuttt kat tengah.scan 2D kan, gitu lerr... Aduhh la bikin saspen je doktor. Tak apalah, saya memang dah plan nak buat scan 3D/4D nanti. Survey punya survey, kami decide nak buat di sini 3D 4D SCAN MALAYSIA . Perlu buat online appointment dulu sebelum pergi ya.. 

Suami setuju je nak buat 4D scan ni sebab berbaloi walaupun kos nya lebih tinggi berbanding dengan 2D scan. RM100 siap dengan printout gambar & video. Scan lebih kurang 30 minit bergantung kepada kerjasama baby ..hihi. Scan 2D paling murah kami pernah pergi RM30 di Klinik Dr Siti & Rakan-rakan di Puchong Perdana. 

Ambil pengajaran jugak daripada cerita kawan kepada suami saya yang berhabis RM100, tapi at last tak betul pun keputusannya.. Waaa.. Menurutnya, kali pertama scan (2D), tak nampak gender. Dah kena RM50. So, dia decide untuk pergi lagi sekali, kali ni doktor cakap baby girl. So, dia punya la excited prepare barang-barang untuk baby girl. Sekali, bila lahir je, keluar boy. Hehehe. Hangin la jugak kawannya tu.. So, kiranya RM100 tu kira 'burn' macam tu jela ye..
 
Oh ye, ape jadi dengan tahap gula saya? Hehe... Time raya hari tu, sempat la borak-borak dengan saudara-mara, mana yang kena GDM jugak. Ada lah salah seorang hamba Allah ni cerita, dia tanya nurse boleh tak buat self-checkup untuk BSP tu? Yela, kerja kan, takkan la setiap masa nak mintak izin dengan bos, keluar pergi checkup di klinik.. So, nurse cakap boleh kalau ada devicenya (Gluco-meter). Dengan syarat, jujur la. Takkan kita nak tipu kan.. Untuk baby & diri kita sendiri jugak.. Ohhh rupanya boleh ya.. Saya dah tanya JM hari tu, dia cakap kena datang klinik jugak. Aiyaa dah la tak de lesen, takkan la suami nak escape kerje.. 

Bila dapat info macam tu, kami decide nak beli la glucometer tu. Buat self-checkup kat rumah je senang. Saya beli di klinik brand Accu- Check Perfoma RM250 (huuu duet lagi... ). Ada je yang murah RM80 & RM120 brand yang sama, tapi doktor tak suggest sebab bacaannya tak tepat. Lagipun glucometer ni warranty seumur hidup, kalau rosak dia akan bagi yang baru.. So, kira ok la kan..

Entri seterusnya... berkenaan dengan diet GDM .. hehehe

Oh My GDM !

 Assalamualaikum.... 

Lama sungguh tak update entri walaupun hari-hari online, blog-walking.. terutamanya blog-mums-to-be.. Saya masih lagi aktif mencari info berkaitan.. Maklumlah, anak sulong.. Tambahan pulak, sekarang ni dapat "BONUS" .. GDM ( Gestational Diabetes Mellitus) a.k.a kencing manis semasa mengandung... 

Pertama kali detect masa minggu ke-20. Itu pun nurse terlewat inform. Sepatutnya seminggu selepas dapat keputusan, pesakit GDM ni perlu dimaklumkan dengan kadar segera kerana memerlukan perhatian. Dalam kes saya ni, selepas checkup seterusnya baru la saya dapat tahu. Kali ni checkup dengan sister. Barulah terasa dapat maklumat yang tepat dan banyak OK. Sebelum ni checkup done by JM sahaja, lebih banyak sembang pengalaman mereka daripada dapatan dari segi klinikal ni.. Nasib baiklah layanan bagus, so dimaafkan la yeh.. Hehe

So, bila checkup kali ni, banyak perkara baru yang saya dapat tahu. Sebelum ukur perut sister tu dah bagitahu perut saya nampak besar dari ukuran yang sepatutnya. Bila diukur, memang melebihi 2cm. Saya ingatkan tak jadi isu la perut besar ni.. Tetapi.... cuak pula bila sister terangkan risikonya.. huhu. Kenapa selama ni saya checkup saya tak diberitahu pun perut saya besar??.. Sister tanya, "awak ada kencing manis ke? dah buat checkup minum air gula (**yang sangat nak muntah tuu) kan?" Aah dah, tapi saya tak dapat sebarang call pun dari KD ni. Saya dimaklumkan kalau tak de, maksudnya result saya ok.. Bila sister cek balik resultnya, hmmm panjang la pulak ceritanya.. Dah sah ada GDM.. waa.. 

Maka bermula episod baru.. Sister terangkan biasanya perut besar ni ibu yang dapat GDM. Ada beberapa kemungkinan, sama ada disebabkan saiz baby tu besar, atau air ketuban terlalu banyak, atau risiko baby tak normal. Dupp dapp dup dap jugak saya time tuu.. So, dia refer saya untuk jumpa doktor di KK untuk details checkup termasuk scan. Sister jugak ada brief tentang diet untuk ibu GDM ni.. 

"nasi 3 senduk rata je ye... buah pun kena limit, betik sepotong je, tembikai sepotong je.. yang elok epal hijau sebiji, atau guava tu setengah bijik.. elakkan anggur, pisang..semua tu manis sangat.. kalau nak makan sangat pun, seulas dua je anggur tu (saya makan segugus per serving ok! gulpp!!) ..."

Oh patut la bacaan gula saya tinggi.. Mana tak nya, sehari sebelum tu, saya baru je balik dari kampung sempena musim durian.. hehe. Melantak durian dengan lahapnya berserta manggis dan rambutan! Jadi, harap maklum.... :D

** Pengajarannya untuk bakal-bakal ibu yang nak kena minum air gula tu, sila la jaga makan 2 3 hari sebelum checkup ye... **

Panjang la jugak penerangannya. Saya perlu buat BSP (Blood Sugar Pressure) test setiap 2 minggu sekali, 4 kali setiap checkup. Aduhh.. pening saya, takkan la suami nak ambik cuti setiap 2minggu sekali kan. Sampai ke malam pulak tu..

Dengar je penerangan sister tu, hmmm kempunan la saya nak beraya sakan. Siap diwarning jangan makan cookies banyak sangat ye. Sekeping dua je.. Aduhh saya dah siapkan tart nenas, biskut suji, cornflake madu, etc lagi untuk raya.. Rosak mood nak mengukis lagi.. Huhu.. Dah la mengidam nak makan kuzi, roti jala, nasi impit bagai.... Waaa.. 

Tapi demi baby, Ummi sanggup je bertahan k... Huhu

Thursday, 2 August 2012

Kudapan IFTAR - Bubur Jagung Durian

Kringg !! Dapat tele-order daripada cik suami, mintak buatkan bubur jagung & durian. Sebenarnya dari semalam nak buat, tapi semalam tiba-tiba diserang sakit perut, tersadai atas tilam je.. 

Bubur yang sangat senang. Saya lebih suka gunakan Santan Kara sebab rasa santannya asli. Lagi senang daripada guna kelapa kot. Harga pun sama. Tambah pulak, kalau guna kelapa, nak kena perah lagi, silap-silap cair... Leceh kan.. 

Jagung pulak saya lebih suka guna Sweet Corn yang dah dipack tu. Rasa pun lebih sedap. Hehe. Semua nak senang & cepat je kan. 

Tak sampai setengah jam, dah siap...... 

Hmmm bau durian bercampur santan tu memang semerbak. Saya yang tak suka bubur durian ni pun tergoda.. Hihi

 ** Jangan letak gula banyak sangat sebab jagung tu dah manis, tambah pula dengan manis durian tu.. santan pun jangan buat pekat sangat sebab bila letak durian, kuah tu jadi lagi pekat... **

Kisah Jala Mas & Solat Sunat Witir

Ramadhan Kareem! 

Alhamdulillah dah masuk hari ke 12 Ramadhan. Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan...

Akok, buah tanjung, jala mas, kuih beko antara makanan kegemaran cik suami menjelang Ramadhan. Rasanya kebanyakan orang dah kenal kuih muih tradisional Kelantan ni. 

Kuih ni agak mahal memandangkan harga telur yang makin meningkat.Kalau di bulan puasa, buah tanjung (kuih kecik-kecik comel dalam gambar kat atas) dijual RM1 =4 biji jek. Haa bayangkan. Jala Mas sebesar saiz dalam pinggan tu harganya RM4 ok! Akok bergantung kepada saiz. Ada yang 3 seringgit, ada yang 4 seringgit. Dan, semestinya kuih kuih tu semua manis-manis.. 

Biasanya cik suami hanya dapatkan kuih ni daripada makcik di Kampung Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, segar dari dapurnya. Memang berbaloi dengan kualitinya. Manisnya pun sedang-sedang aje. Stok terhad tau. Kalau pergi tengahari memang tak sempat la.. 

Kata cik suami 'tak lengkap rasanya puasa kalau tak dapat berbuka makan jala mas ni..' Ha ha. Aduh gitu sekali ye. Mengalahkan saya yang mengidam ni.. 

Satu malam, cik suami tanya 'Yang, apa pentingnya sembahyang witir tu? Kalau kita terawih je, tak buat witir, macam mana?'... 

Kebetulan, saya teringat kata cik suami pasal jala mas. Lalu saya respon 'ibarat puasa B yang tak lengkap tanpa jala mas.. ' He he.. Boleh ke saya bagi jawapan macam gitu? Yela, witir tu kan pelengkap kepada semua ibadat kita sepanjang malam tu. Tanpa sunat witir, ibarat makan tanpa ada air & dessert sebagai penyudahnya.. kan :))

~ Selamat Berpuasa.. Semoga kita terus diberikan kekuatan :)

Wednesday, 1 August 2012

Parenthood Expo @Mid Valley - July 2012

Usai membasuh baju-baju baby baru terasa nak update entri ni. ** Memang best basuh baju si kecik ni kan. Teruja! Ada bau baby lagi ABD Pureen ni. Hehehe **

Memandangkan bulan puasa, pergi pulak tempat macam ni, so saya dah buat persediaan awal. Cehh bukan main lagi ye ;p

Turun awal pagi untuk elakkan kesesakan dan kesukaran parking. Alhamdulillah sangat senang dapat parking kali ni. Dekat pulak dengan lif. Tapi, harus menunggu sikit sebab pukul 10 baru bukak kan. Ramai je yang menunggu kat luar ni. 

Since dah dapat info pasal free gift untuk preggy mom kat FB, bukak je pintu hall, terus beratur. Tak lama menunggu sebab antara yang terawal jugak masuk. Mula-mula tengok, eh kenapa yang lelaki pun beratur jugak? Kalau datang berpasangan, dua-dua tu akan beratur. Baru perasan, kalau daftar 2, dapatlah 2 kupon, so boleh redeem 2 goodie bag. Aissh tak terfikir pulak taktik tu kan? Sebab baca kat FB tu, preggy mom je dapat. Punya lah lurus bendul saya ni. Hahaha Free Gift punya pasal. Cik Suami cakap, sejak-sejak kawen dengan saya yang 'jujur' (a.k.a luruss ;p) ni, dengan dia sekali jadi 'baik'. Ahaha. Baik punya statement ya :D Hmm rugiii.. Lagi geram bila baca review kat blog orang lain cakap dapat redeem susu S26 tin kecik untuk preggy mom. Adehh. Padahal haritu dah mintak suami tanyakan kat kaunter susu tu untuk apa (since suami yang amikkan goodie bag), dia cakap tengok orang lain tak tanya pasal tu, dia pun malas nak tanya.. Alaa.. melepas lagi. Kalau dapat yang free tu, dah tak payah beli susu spare kat hospital time labour nanti kan.. ;p 
So, kawan-kawan, lain kali kena bijak merancang (untuk dapatkan barang FREE) ye :))

Goodie bag worth RM45 (Katanyaa..)
Tak banyak pun barang-barang dibeli since almost complete dah list. Tinggal lagi baby bouncer jer masih survey. Ini hasil borongan kami. Abis jugak almost RM500.. huu

Beli baby towel Fiffy 2pax = RM18.90
Beli storage bottle Bumble Bee (10 pcs) @BB store = RM22 ( Previous expo RM 20 jek)
Beli Avent Bottle 4oz = RM37 ( Takdela murah sangat kan)

Booth Mumsdreams
Sangat berpuas hati dengan servis &layanan yang diberi. Harga pun murahh compare dengan booth lain. Tahniah ye Mumsdreams :)
#Spectra 3 Breastpump only RM320. Dah survey booth lain RM388. Paling murah pun RM368. Since warranty 6bulan sahaja, boleh pulak kami mintak date tu start from Due Date saya.. hehe

#Nursing Bra RM10/1pcs, buy 3 FREE 1 - Murah kan? Tengok material pun ok. Saya tak suka yang ada renda-renda, so ni pilihan terbaik rasanya. Hehe. Dapat 4 helai dengan harga RM30 je

#Bengkung Moden RM50 - Since belum beli, alang-alang jumpa terus angkut. Cik suami yang try dulu bila sampai kat rumah. Selesa katanya. Haha. Boleh pakai ke testimoni dia nih? :D
 Dapat FREE Gift lagi dari Momsdreams! (Aii seronok je asal FREE :D) TQ ye
Mengintai-intai jugak jubah-jubah dekat Mumsdreams, tapi tengok ajelah. Kesian kat cik suami. Hehe. Lagipun saya lupa nak print kupon discount 50% less promo kat FB Mumdreams
Kena rajin-rajin check promo dari sini k FB mumdreams
Hmm menyesal tak beli stok pampers hari tu. Bila kira-kira balik, untung banyak jugak kalau borong pampers terus untuk si kecik ni. Nak pergi balik petang tu, memang tak la kan.. Penat dah pusing.. Banyak jugak booth yang jual Cloth Diaper, bila buat survey kat internet, rasa macam teringin jugak nak pakai CD je nanti. For the sake of money, health, and GREEN environment. Hehe tengok dulu la macam mana ya. Bincang dengan suami. 


Oh ya, ada jugak certain barang yang lebih mahal dari market price. Ingatkan nak tambah stok detergen Pureen & beli set pillow & boolster. Tapi tak jadi bila tengok harga mahal dari Pureen Clearance Stock hari tu. Menyesal tak beli banyak-banyak. Detergen tu RM20, mahal RM4, bantal jadi RM20 dari RM12 je.. huhu..

Friday, 27 July 2012

Barang Baby (murah) lagi 03 ~ OK Baby Warehouse Sales

Jualan Gudang lagi!! 

Memandangkan ini dah kali kedua kan, so keterujaan tu dah berkurang sikit. Hehe. Sales ni bermula 25 Julai 2012 - 29 Julai 2012. Sesiapa yang kerja, sempat lagi pergi hujung minggu ni. Semalam alang-alang encik suami nak ke rumah kakaknya di Bukit Puchong, maka saya cadangkan kami singgah kejap ke Jualan Gudang Ok Baby ni. Dah pun pukul 9.30 malam. Jualan ni bermula 10 pagi -10 malam. Ingatkan pergi time ni dah tak ramai orang, rupanya masih ramai jugak. Cuma tak adalah bersesak macam kat Pureen hari tu. Since 15minit je dari rumah, jenguk jela dulu alang-alang lalu kan.

Niat di hati nak cari mitten & booties je sebab baju baby dah banyak beli. Lagipun balik kampung 3 4 hari lepas sembang-sembang dengan akak-akak & akak ipar (semuanya ada baby kecik, kat rumah mak), dorang pesan tak payak la beli banyak-banyak saiz newborn or saiz S sebab baby cepat besar. Beli terus yang saiz besar. Paling lama pun boleh pakai 4bulan je yang saiz kecik tu. Setakat ni dah ada 14 baju, 12 seluar, 12 rompers. Rasanya dah cukup la dulu kan.. Hehe

Baju & seluar bermula serendah RM1. Tapi yang ni agak kotor sikit.Kalau yang rajin cuci tu, boleh la. Ada versi baju lubang-lubang saja. Terjumpa saiz besar, ambil 2 helai je. Saiz kecik dah tak nak.

RM1 satu. Nampak tak kesan kotoran sikit tu? Dah cuba basuh tadi, hilang kotoran tu. So, ok la. Kena rajin sket. :)


Belek-belek pula ke booth sebelah. RM10/2pcs. Tak pasti dua pasang or sepasang tu dikira 2pcs. Jadi cik suami pergi tanya. Bila saya tanya 'Sepasang ye b?'. Ditunjukkan jari 2. Saya faham kira sepasang RM10 untuk sepasang la, baju & seluar. Hm tak adalah murah sangat. Saya ambil 2pasang je saiz 18month. Tengok kualiti kain pun ok, selesa. 

Rupanya silap faham. Baju ni RM10 2pasang. Murah laa kann! Adeh rugi tak ambik lebih.
Jenguk-jenguk baju lain lebih kurang je. Ambil 2pasang seluar besar RM3 satu. Bila fikir balik, kenapa lah ambil yang seluar ni, kan lagi murah kalau amik sepasang yang kat atas ni, baru RM5 sepasang. Itu lah.. Dah tersilap faham tadi. Masa bayar baru perasan. Encik suami pun lepas cakap macam tu baru la dia buat klarisifikasi balik. Terlewat dah b oii. Dah pukul 10 pm ni. 

Selain tu, sempat ambil warmer RM18 satu. Ok la kot. Banding dengan brand lain RM20 ke atas. Mitten & booties RM 2 je sepasang, tapi sayangnya dah abis. Tinggal sepasang dua je. Kaler kuning terang pula tu. Ambil aje. Beli stoking baby 4 pasang RM2 (Ntah pakai ke tak nanti. Heheh ;p).

Total RM 3
Tup-tup bila bayar RM42. Eh banyak juga ek. Rasanya sikit je beli. Masuk dalam kereta baru kira balik. Cashier dah tersalah scan mitten booties tu 2 kali. So, terlebih RM2 bil kami. Tak apa lah, malas nak pergi refund balik. Sedekah je ;p


Sembang-sembang dengan akak-akak kat kampung, dorang kirim belikan untuk baby-baby dorang skali. Kirim boleh la, nak belanja tak mampu. Hehe. Maklum lah, ank buah ramai. 34 orang OK! Ha, kang beli untuk yang ni, tak beli untuk yang tu, dengki pulak.. Susah. Hehe alasann. Hmm tengok lah nanti, kalau ada masa pergi lagi. Kesian kat suami sebenarnya. Dah berapa malam tak rehat since masuk bulan puasa ni. Hujung minggu pun jadual penuh. Uni-mate nak datang buka puasa kat rumah. Nak pergi beli barang-barang. Ahad nak pergi Parenthood Fair kat Midvalley Exhibition Centre pulak. Hehe. Tak habis-habis lagi memborong kan.. ;p

P/S : Hati-hati membeli, cek dulu bil sebelum balik. Ramai jugak yang terkena macam ni. :))

Wednesday, 25 July 2012

Barang Baby Murah ~ Clearance Stock Pureen Sales 14th -15th July 2012

Akhirnya tertunailah hasrat di hati.. hehehe

Dah lama baru terr rajin nak update blog. Saja nak kongsi dengan bakal-bakal ibu kat luar sana pasal Clearance Stock Pureen Sales ni. Since orang kata pergi jualan gudang bagi mak buyung terutamanya anak sulung ni adalah perkara WAJIB, maka saya cerita la sikit.. hehe

Saya pergi dah hari kedua sales memandangkan hari sebelumnya terpaksa menghadiri Peperiksaan Kemasukan SPA-8. Sales dijadualkan bermula jam 10 am. Oleh sebab tak pernah pergi & tak arif sangat jalan kat situ, tambah pulak para mak buyung blogger cakap parking susah, kami decide untuk turun awal sket. 8.40 am dah sampai sana. Oh awalnya.. TAPI, seawal jam 8.40 am pun kami terpaksa parking jauh sikit. Almaklumlah kawasan kat situ sempit, kawasan kilang. Tak kisah lah, mampu lagi berjalan kan.. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, sibuk perhatikan ragam-ragam orang kat situ. jam 9.00am dah penuh pintu pagar gudang tu.9.30 am, pagar dah dibuka.Inilah rupanya...

Gambar dari facebook Pureen

Kebanyakan pengunjung adalah mak-mak buyung. Ramai juga pemborong yang datang angkut berkotak-kotak. Mungkin peniaga @ peruncit. Hmm maka berhimpit-himpit la kami. 

Memandangkan saya dah buat kajian sikit pasal jualan gudang kat blog para mak buyung, maka kami menggunakan pengalaman mereka sebagai panduan.. Hehehe. Banyak juga membantu rupanya pengalaman orang lain ni. Masuk saja ke dalam gudang, kami cari booth baju dulu. Abaikan barangan lain sebab baju adalah barang rebutan terhangat pengunjung. Kena berebut-rebut sikit. Nasib la datang dengan cik suami. Nak harapkan saya sorang, rasanya kena tolak-tolak dek orang jela.
Berasak-asak. Kena sabar la ye :)

Seperti kebanyakan pengunjung lain jugak, kami rembat dulu baju-baju yang berkenan, selepas tu baru buat pilihan balik. Memang tidak akan sempat nak beli kalau tak buat macam tu. **Ramai juga yang  marah dan tak berkenan gaya macam ni. Tapi apa boleh buat kalau dah semua orang buat macam tu kan... ** Dari pengamatan saya lah, pihak pengurusan gudang pun sudah sedia maklum situasi ni sebab mereka dah sediakan tempat, kotak, & plastik untuk pengunjung pilih dan asingkan baju-baju yang berkenan. Maka, sepatutnya tak jadi isu la kan??

HATI-HATI
Tengah syok memilih, terdengar perbualan kakak-kakak kat situ. Rupanya bukan boleh rembat sembarangan saja. Jangan TERTIPU sebab baju-baju kat situ dah bercampur walaupun dilonggokkan mengikut label harga. Baju serendah RM1, RM3, RM5. Baju yang RM10 ke atas pun ada. Bila diperhatikan semula, baju-baju tu dah ditanda dengan 'highlighter' kaler kuning, oren, purple, & pink. Saya tercari-cari jugak mana nak tengok harga ikut label kaler-kaler tu tapi tak jumpa. Jadi kami decide untuk ambil yang label kuning je (dalam booth RM3). Yang tidak berlabel kami tinggalkan je. Setelah penat mencari dan memilih, inilah hasil usaha kami :)

Total RM 221.00
Mitten & Booties RM5. Harga standard kat kedai RM5.90. Since tak jauh beza, ambik 1 je
10 helai short sleeve & 4 helai long sleeve. RM3 semua. Cukup la kot ;p 

Tak tahu lagi baby girl or boy. Tapi sebab murah kan RM3, beli jugak.Geram tengok.Hehe..

Terbeli romper RM6. Ok la kot.

Ini barang-barang sampingan. Perbandingan harga, kena jenguk entri seterusnya k :)

Hooded Blanket RM 15. Jenguk kat kedai hari tu RM23.90. Jimat RM8

TIPS;
 # Tengok tag/label pada baju. Kaler yang berbeza, harga yang berbeza walaupun dalam longgokan sama. Boleh refer kat staff yang in-charge. Kalau dorang tak tau, refer kat kaunter. Bukan ape, supaya tak tertipu..senang kita nak buat budget kan. Hehe

#Survey harga kat pasaran dulu sebelum pergi ke jualan gudang ni sebab bukan semua barangan dijual dengan harga yang lebih murah. Contoh saya tengok hari tu, manual breast pam Pureen RM100 (Siap beriya kempen promosi hari tu saja!). Walhal saya baru je tengok kat Tesco sehari sebelum, harga RM99. Lagi mahal RM1 dari harga pasaran biasa (RM1 je pun.. hehe. Ish seringgit pun duit kita kan ;p)