Yeaa.. dah lama sebenarnya berhasrat nak hasilkan blog sendiri.. tapi asyik-asyik tertangguh je.. hangat-hangat tahi ayam je la kata bidalan lama yek..
Sama kesnya dengan hari ni sebenarnya.. tapi tekadkan jugak semangat nak hasilkan post pertama ni walaupun pada hakikatnya dah hilang momentum... huu. Teringat post seorang penulis ni tentang MOMENTUM ..
"Momentum diperlukan dalam menulis bagi memastikan penulisan lancar dan
tepat waktu. Cara menjana momentum juga berbeza2. Ada yang menuliskan
sinopsis lengkap, bercerita dengan rakan2 berkenaan cerita yang mahu
ditulis, dengan maksud mahu mengetahui/menguasai jalan ceritanya. Ia
membuatkan mereka bersemangat dan mendapat momentum menulis.
Ada juga jenis yang lebih cenderung kepada jalan cerita yang samar2 atau tidak tahu langsung jalan ceritanya bagi mendapatkan momentum.
Mungkin mereka sudah menulis sinopsis lengkap, dengan setiap bab ada sinopsis, bercerita kepada kawan2, tanpa mereka sedar, mereka hilang momentum kerana momentum mereka sudah dihabiskan pada membuat sinopsis lengkap dan bercerita kepada kawan2. Jadi, seeloknya mereka yang begini tulis sahaja dan diam2." BAHARUDDIN BEKRI