Sunday, 24 June 2012

Khilaf Bicara

Diri terkadang khilaf berbicara
Bukan bermaksud merobek rasa
Jauh sekali merderhaka
Cuma ingin jelas bicara
Mengadu, dan meluah rasa
Ingin dimengerti, dibelai manja
Maafkan andai terluka 


Thursday, 21 June 2012

~Ubat oh Ubat ~

Bila saya TERmuntah **terrr tu tak tahan ;p** balik ubat yang ditelan, macam sedih je tengok ubat tu.. Yela, kita beli mahal-mahal kan, terbuang macam tu je atas lantai.. Tapi apa boleh buat kan.. Takkan la nak kutip balik dalam toilet tu... Eeeww~

Itula, kalau dah Allah tetapkan itu bukan rezeki kita, benda yang dah masuk perut pun akan terkeluar balik.. Kena redha lah.. bukan kita tak usaha kan? Kena sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t .. 
Kadang-kadang kita banyak mengeluh, tak cukup itu, ini.. Kadang-kadang duit tu dah ada, tapi kita masih rasa macam tak pernah cukup.. Kenapa ya? Kena cepat-cepat muhasabah balik apa yang kita dah lakukan dengan rezeki yang kita dapat tu.. 

Contoh paling mudah saya lihat, RAAMAI sangat ibu-ibu kat luar sana yang tak mensyukuri rezeki yang Allah bagi. Ubat-ubat yang klinik kerajaan bekalkan tu, kalau betul lah anda tak nak makan atau tak akan makan, apa salahnya beritahu saja jururawat yang anda tidak perlukan ubat-ubat tu. Kalau anda dah ada 'supplement' sendiri, tak perlu dah semua ubat-ubat tu.. Kita perlu ingat, masih ramai lagi insan kat luar sana yang sangat memerlukan ubat-ubatan tu semua. Anda dah berlaku zalim jika tidak menggunakan hak yang diberikan dengan betul jika dalam masa yang sama, ada individu lain yang lebih memerlukan.. 

Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami.. Mari sama-sama kita hayati dan hafal DOA DHUHA ni.. 




Thursday, 14 June 2012

My Baby Bump

Kali pertama hamil saya tertanya-tanya, agaknya bila kali pertama saya boleh tengok 'my baby bump' ye? hehe.. macam teruja gitu... 

Sibuk juga baca blog-blog ibu hamil, nak tahu cerita & pengalaman hamil. Seronok tanya kakak-kakak & ipar-ipar pengalaman hamil mereka. "Ada morning sickness tak, bila nampak baby bump.., apa yang best.." Macam-macam lagi lah..

Saya asyik tengok perut & terfikir, takkan lah 12 minggu perut dah nampak?? Baju-baju kurung semua dah ketat. Masih boleh pakai, tapi sendat tang perut. Memang tak dapat di zip dah .... Sayang nya lah baju-baju tu.. baru jahit sebelum mengandung hari tu.. Agak-agak lepas beranak ni masih boleh pakai tak? Hihihi.. Menyimpan azam untuk 'slim' balik tuu.... 

Minggu lepas berpeluang balik kampung sempena pertunangan adik ipar.. Yeaahh gembira sangat boleh balik kampung sebabnya baaaanyak sangat benda yang baby umi ni nak makan. Selera kampung betul la anak umi ni.. Western semua tolak tepi. Makan je 'confirm' muntah.. Memang anak abah la ni... hehehe

Oh ye, berbalik kepada "Baby Bump" saya.. Pertama kali bila bunda tercinta tengok perut saya, terus dia tanya " betul ke baru 3 bulan ni? perut nampak macam 5bulan je..." Ehh yeke besar? Saya ingatkan normal je saiz ni kalau dah 3bulan.. Bunda cakap dia waktu mengandung dulu-dulu 5 bulan baru naik perut tu.. Sangat "RELIABLE" kenyataan mak tu.. Maklumlah, bunda saya ni SUPERWOMAN.. 15 anak k!! Haa hebatkan.. Akak-akak saya semua cakap masa mengandung anak sulong, 3bulan masih tak rasa apa-apa, perut kempis saja macam biasa. Dah masuk 5 bulan baru nampak.. Ahli keluarga lain pun tegur, waahh perut dah nampak besar.. Baru sebulan kot tak tengok.. Hehehe.. 

Yeke?? Tiba-tiba saya macam cuak sikit. Adakah baby saya besar.. ATAU.. entah-entah kembar tak? Hihihi. Seronoknya kalau betul kembar kan.. Saya ada genetik kembar. Kakak sebelum saya adalah kembar tak seiras.. Jadi, masih boleh berangan lah nak dapat baby kembar... Hihi. Daripada awal mengandung lagi saya selalu cakap kat encik suami & bunda.. Entah-entah kembar tak?.. Tak salah saya berangan kan. Kalau betul dapat, memang bonus la untuk kami..

Monday, 4 June 2012

Saya KECEWA, sedih...

Huhu.. rasa macam nak menangis je..
tak tahu lah perasaan mana yang lebih dominan, kecewa atau sedih.. macam bercelaru gitu...huuu~

Hmmm.. sebenarnya rasa 'down' sebab tak puas hati dengan sesi interview tadi.. rasa macam teruk je.. ni pertama kali kot rasa macam ni.. 
Pagi tadi dapat interview di salah satu universiti swasta kat KL.. ini kali kedua untuk 'post' yang sama sebenarnya.. Interview kali pertama tu tak dapat..tapi tak ada saya rasa sedih & kecewa macam ni sekali.. waaa.
Padahal ini bukan pertama kali pergi interview untuk jawatan ni.. Kenapa la teruk sangat 'performance'. Berterabur je cakap.. Padahal isu yang sama jugak, soalan panel pun lebih kurang sama saja dengan semua sesi-sesi sebelum ni.. Mungkin betul juga cakap encik suami. Saya dah 4 bulan duduk rumah, mungkin 'skill' tu berkurang kot.. 


**tengah-tengah syok meluah perasaan ni (Terapi Menulis) tiba-tiba tekak terasa loya yang amat.. uweekk.. habis terkeluar segala isi perut.Dah masuk angin agaknya perut ni.. Last makan tadi jam 1 p.m.. Oh patut la.. Sian baby umi, lapar ye.. umi takde selera la sayang.. makan buah pun muntah juga.. huhu.. **


Terus rosak mood nak sambung tulis lagi.. sebenarnya ada beberapa perkara berkaitan 'post' ni yang menjadi persoalan kepada saya. Nanti la sambung lagi ye... Makan dulu....


Friday, 1 June 2012

Having LAKSAM for breakfast, lunch & tea break

Hari ini masuk minggu ke-12 saya mengandungkan zuriat pertama saya ni :)
Dan saya hanya makan sebungkus LAKSAM dari pagi hingga ke petang.. Teruk kan pemakanan umi nya ni.. Hmm itu saja rasanya yang boleh diterima tekak saya hari ini..

Saya lupa nak ambil gambar tadi. Jadi, copy dari sini... http://foodchanel.blogspot.com/2010/05/resepi-laksam-yanimyresipicom.html

 Laksam ini sedap kalau kuahnya pekat, kaya dengan rasa ikan, ditambah dengan ulam-ulaman yang sesuai, dan sambal yang tak berapa pedas. Tapi, saya ni agak cerewet bab makan, terutama yang beli dari kedai. He he.. Bukan sengaja nak mengada, tapi itu la. Alergik .. Silap haribulan boleh bengkak, gatal-gatal bibir saya yang tak berapa mungil ni :p .. Ikan mesti yang segar dan tak gatal. Sambal pulak jangan letak belacan. Walaupun dah tak 'ummmphh' lagi kalau tak letak belacan, nak buat macam mana kan. Rela makan tak cukup rasa daripada sengsara gatal-gatal..

Oh ya, saya juga makan sejenis kueh ni sebagai alas perut .. memang kegemaran sejak kecil :)

Nampak sedap kan ..