Wednesday, 25 July 2012

Barang Baby Murah ~ Clearance Stock Pureen Sales 14th -15th July 2012

Akhirnya tertunailah hasrat di hati.. hehehe

Dah lama baru terr rajin nak update blog. Saja nak kongsi dengan bakal-bakal ibu kat luar sana pasal Clearance Stock Pureen Sales ni. Since orang kata pergi jualan gudang bagi mak buyung terutamanya anak sulung ni adalah perkara WAJIB, maka saya cerita la sikit.. hehe

Saya pergi dah hari kedua sales memandangkan hari sebelumnya terpaksa menghadiri Peperiksaan Kemasukan SPA-8. Sales dijadualkan bermula jam 10 am. Oleh sebab tak pernah pergi & tak arif sangat jalan kat situ, tambah pulak para mak buyung blogger cakap parking susah, kami decide untuk turun awal sket. 8.40 am dah sampai sana. Oh awalnya.. TAPI, seawal jam 8.40 am pun kami terpaksa parking jauh sikit. Almaklumlah kawasan kat situ sempit, kawasan kilang. Tak kisah lah, mampu lagi berjalan kan.. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, sibuk perhatikan ragam-ragam orang kat situ. jam 9.00am dah penuh pintu pagar gudang tu.9.30 am, pagar dah dibuka.Inilah rupanya...

Gambar dari facebook Pureen

Kebanyakan pengunjung adalah mak-mak buyung. Ramai juga pemborong yang datang angkut berkotak-kotak. Mungkin peniaga @ peruncit. Hmm maka berhimpit-himpit la kami. 

Memandangkan saya dah buat kajian sikit pasal jualan gudang kat blog para mak buyung, maka kami menggunakan pengalaman mereka sebagai panduan.. Hehehe. Banyak juga membantu rupanya pengalaman orang lain ni. Masuk saja ke dalam gudang, kami cari booth baju dulu. Abaikan barangan lain sebab baju adalah barang rebutan terhangat pengunjung. Kena berebut-rebut sikit. Nasib la datang dengan cik suami. Nak harapkan saya sorang, rasanya kena tolak-tolak dek orang jela.
Berasak-asak. Kena sabar la ye :)

Seperti kebanyakan pengunjung lain jugak, kami rembat dulu baju-baju yang berkenan, selepas tu baru buat pilihan balik. Memang tidak akan sempat nak beli kalau tak buat macam tu. **Ramai juga yang  marah dan tak berkenan gaya macam ni. Tapi apa boleh buat kalau dah semua orang buat macam tu kan... ** Dari pengamatan saya lah, pihak pengurusan gudang pun sudah sedia maklum situasi ni sebab mereka dah sediakan tempat, kotak, & plastik untuk pengunjung pilih dan asingkan baju-baju yang berkenan. Maka, sepatutnya tak jadi isu la kan??

HATI-HATI
Tengah syok memilih, terdengar perbualan kakak-kakak kat situ. Rupanya bukan boleh rembat sembarangan saja. Jangan TERTIPU sebab baju-baju kat situ dah bercampur walaupun dilonggokkan mengikut label harga. Baju serendah RM1, RM3, RM5. Baju yang RM10 ke atas pun ada. Bila diperhatikan semula, baju-baju tu dah ditanda dengan 'highlighter' kaler kuning, oren, purple, & pink. Saya tercari-cari jugak mana nak tengok harga ikut label kaler-kaler tu tapi tak jumpa. Jadi kami decide untuk ambil yang label kuning je (dalam booth RM3). Yang tidak berlabel kami tinggalkan je. Setelah penat mencari dan memilih, inilah hasil usaha kami :)

Total RM 221.00
Mitten & Booties RM5. Harga standard kat kedai RM5.90. Since tak jauh beza, ambik 1 je
10 helai short sleeve & 4 helai long sleeve. RM3 semua. Cukup la kot ;p 

Tak tahu lagi baby girl or boy. Tapi sebab murah kan RM3, beli jugak.Geram tengok.Hehe..

Terbeli romper RM6. Ok la kot.

Ini barang-barang sampingan. Perbandingan harga, kena jenguk entri seterusnya k :)

Hooded Blanket RM 15. Jenguk kat kedai hari tu RM23.90. Jimat RM8

TIPS;
 # Tengok tag/label pada baju. Kaler yang berbeza, harga yang berbeza walaupun dalam longgokan sama. Boleh refer kat staff yang in-charge. Kalau dorang tak tau, refer kat kaunter. Bukan ape, supaya tak tertipu..senang kita nak buat budget kan. Hehe

#Survey harga kat pasaran dulu sebelum pergi ke jualan gudang ni sebab bukan semua barangan dijual dengan harga yang lebih murah. Contoh saya tengok hari tu, manual breast pam Pureen RM100 (Siap beriya kempen promosi hari tu saja!). Walhal saya baru je tengok kat Tesco sehari sebelum, harga RM99. Lagi mahal RM1 dari harga pasaran biasa (RM1 je pun.. hehe. Ish seringgit pun duit kita kan ;p)

No comments:

Post a Comment