Thursday, 2 August 2012

Kudapan IFTAR - Bubur Jagung Durian

Kringg !! Dapat tele-order daripada cik suami, mintak buatkan bubur jagung & durian. Sebenarnya dari semalam nak buat, tapi semalam tiba-tiba diserang sakit perut, tersadai atas tilam je.. 

Bubur yang sangat senang. Saya lebih suka gunakan Santan Kara sebab rasa santannya asli. Lagi senang daripada guna kelapa kot. Harga pun sama. Tambah pulak, kalau guna kelapa, nak kena perah lagi, silap-silap cair... Leceh kan.. 

Jagung pulak saya lebih suka guna Sweet Corn yang dah dipack tu. Rasa pun lebih sedap. Hehe. Semua nak senang & cepat je kan. 

Tak sampai setengah jam, dah siap...... 

Hmmm bau durian bercampur santan tu memang semerbak. Saya yang tak suka bubur durian ni pun tergoda.. Hihi

 ** Jangan letak gula banyak sangat sebab jagung tu dah manis, tambah pula dengan manis durian tu.. santan pun jangan buat pekat sangat sebab bila letak durian, kuah tu jadi lagi pekat... **

Kisah Jala Mas & Solat Sunat Witir

Ramadhan Kareem! 

Alhamdulillah dah masuk hari ke 12 Ramadhan. Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan...

Akok, buah tanjung, jala mas, kuih beko antara makanan kegemaran cik suami menjelang Ramadhan. Rasanya kebanyakan orang dah kenal kuih muih tradisional Kelantan ni. 

Kuih ni agak mahal memandangkan harga telur yang makin meningkat.Kalau di bulan puasa, buah tanjung (kuih kecik-kecik comel dalam gambar kat atas) dijual RM1 =4 biji jek. Haa bayangkan. Jala Mas sebesar saiz dalam pinggan tu harganya RM4 ok! Akok bergantung kepada saiz. Ada yang 3 seringgit, ada yang 4 seringgit. Dan, semestinya kuih kuih tu semua manis-manis.. 

Biasanya cik suami hanya dapatkan kuih ni daripada makcik di Kampung Pintu Geng, Wakaf Che Yeh, segar dari dapurnya. Memang berbaloi dengan kualitinya. Manisnya pun sedang-sedang aje. Stok terhad tau. Kalau pergi tengahari memang tak sempat la.. 

Kata cik suami 'tak lengkap rasanya puasa kalau tak dapat berbuka makan jala mas ni..' Ha ha. Aduh gitu sekali ye. Mengalahkan saya yang mengidam ni.. 

Satu malam, cik suami tanya 'Yang, apa pentingnya sembahyang witir tu? Kalau kita terawih je, tak buat witir, macam mana?'... 

Kebetulan, saya teringat kata cik suami pasal jala mas. Lalu saya respon 'ibarat puasa B yang tak lengkap tanpa jala mas.. ' He he.. Boleh ke saya bagi jawapan macam gitu? Yela, witir tu kan pelengkap kepada semua ibadat kita sepanjang malam tu. Tanpa sunat witir, ibarat makan tanpa ada air & dessert sebagai penyudahnya.. kan :))

~ Selamat Berpuasa.. Semoga kita terus diberikan kekuatan :)

Wednesday, 1 August 2012

Parenthood Expo @Mid Valley - July 2012

Usai membasuh baju-baju baby baru terasa nak update entri ni. ** Memang best basuh baju si kecik ni kan. Teruja! Ada bau baby lagi ABD Pureen ni. Hehehe **

Memandangkan bulan puasa, pergi pulak tempat macam ni, so saya dah buat persediaan awal. Cehh bukan main lagi ye ;p

Turun awal pagi untuk elakkan kesesakan dan kesukaran parking. Alhamdulillah sangat senang dapat parking kali ni. Dekat pulak dengan lif. Tapi, harus menunggu sikit sebab pukul 10 baru bukak kan. Ramai je yang menunggu kat luar ni. 

Since dah dapat info pasal free gift untuk preggy mom kat FB, bukak je pintu hall, terus beratur. Tak lama menunggu sebab antara yang terawal jugak masuk. Mula-mula tengok, eh kenapa yang lelaki pun beratur jugak? Kalau datang berpasangan, dua-dua tu akan beratur. Baru perasan, kalau daftar 2, dapatlah 2 kupon, so boleh redeem 2 goodie bag. Aissh tak terfikir pulak taktik tu kan? Sebab baca kat FB tu, preggy mom je dapat. Punya lah lurus bendul saya ni. Hahaha Free Gift punya pasal. Cik Suami cakap, sejak-sejak kawen dengan saya yang 'jujur' (a.k.a luruss ;p) ni, dengan dia sekali jadi 'baik'. Ahaha. Baik punya statement ya :D Hmm rugiii.. Lagi geram bila baca review kat blog orang lain cakap dapat redeem susu S26 tin kecik untuk preggy mom. Adehh. Padahal haritu dah mintak suami tanyakan kat kaunter susu tu untuk apa (since suami yang amikkan goodie bag), dia cakap tengok orang lain tak tanya pasal tu, dia pun malas nak tanya.. Alaa.. melepas lagi. Kalau dapat yang free tu, dah tak payah beli susu spare kat hospital time labour nanti kan.. ;p 
So, kawan-kawan, lain kali kena bijak merancang (untuk dapatkan barang FREE) ye :))

Goodie bag worth RM45 (Katanyaa..)
Tak banyak pun barang-barang dibeli since almost complete dah list. Tinggal lagi baby bouncer jer masih survey. Ini hasil borongan kami. Abis jugak almost RM500.. huu

Beli baby towel Fiffy 2pax = RM18.90
Beli storage bottle Bumble Bee (10 pcs) @BB store = RM22 ( Previous expo RM 20 jek)
Beli Avent Bottle 4oz = RM37 ( Takdela murah sangat kan)

Booth Mumsdreams
Sangat berpuas hati dengan servis &layanan yang diberi. Harga pun murahh compare dengan booth lain. Tahniah ye Mumsdreams :)
#Spectra 3 Breastpump only RM320. Dah survey booth lain RM388. Paling murah pun RM368. Since warranty 6bulan sahaja, boleh pulak kami mintak date tu start from Due Date saya.. hehe

#Nursing Bra RM10/1pcs, buy 3 FREE 1 - Murah kan? Tengok material pun ok. Saya tak suka yang ada renda-renda, so ni pilihan terbaik rasanya. Hehe. Dapat 4 helai dengan harga RM30 je

#Bengkung Moden RM50 - Since belum beli, alang-alang jumpa terus angkut. Cik suami yang try dulu bila sampai kat rumah. Selesa katanya. Haha. Boleh pakai ke testimoni dia nih? :D
 Dapat FREE Gift lagi dari Momsdreams! (Aii seronok je asal FREE :D) TQ ye
Mengintai-intai jugak jubah-jubah dekat Mumsdreams, tapi tengok ajelah. Kesian kat cik suami. Hehe. Lagipun saya lupa nak print kupon discount 50% less promo kat FB Mumdreams
Kena rajin-rajin check promo dari sini k FB mumdreams
Hmm menyesal tak beli stok pampers hari tu. Bila kira-kira balik, untung banyak jugak kalau borong pampers terus untuk si kecik ni. Nak pergi balik petang tu, memang tak la kan.. Penat dah pusing.. Banyak jugak booth yang jual Cloth Diaper, bila buat survey kat internet, rasa macam teringin jugak nak pakai CD je nanti. For the sake of money, health, and GREEN environment. Hehe tengok dulu la macam mana ya. Bincang dengan suami. 


Oh ya, ada jugak certain barang yang lebih mahal dari market price. Ingatkan nak tambah stok detergen Pureen & beli set pillow & boolster. Tapi tak jadi bila tengok harga mahal dari Pureen Clearance Stock hari tu. Menyesal tak beli banyak-banyak. Detergen tu RM20, mahal RM4, bantal jadi RM20 dari RM12 je.. huhu..

Friday, 27 July 2012

Barang Baby (murah) lagi 03 ~ OK Baby Warehouse Sales

Jualan Gudang lagi!! 

Memandangkan ini dah kali kedua kan, so keterujaan tu dah berkurang sikit. Hehe. Sales ni bermula 25 Julai 2012 - 29 Julai 2012. Sesiapa yang kerja, sempat lagi pergi hujung minggu ni. Semalam alang-alang encik suami nak ke rumah kakaknya di Bukit Puchong, maka saya cadangkan kami singgah kejap ke Jualan Gudang Ok Baby ni. Dah pun pukul 9.30 malam. Jualan ni bermula 10 pagi -10 malam. Ingatkan pergi time ni dah tak ramai orang, rupanya masih ramai jugak. Cuma tak adalah bersesak macam kat Pureen hari tu. Since 15minit je dari rumah, jenguk jela dulu alang-alang lalu kan.

Niat di hati nak cari mitten & booties je sebab baju baby dah banyak beli. Lagipun balik kampung 3 4 hari lepas sembang-sembang dengan akak-akak & akak ipar (semuanya ada baby kecik, kat rumah mak), dorang pesan tak payak la beli banyak-banyak saiz newborn or saiz S sebab baby cepat besar. Beli terus yang saiz besar. Paling lama pun boleh pakai 4bulan je yang saiz kecik tu. Setakat ni dah ada 14 baju, 12 seluar, 12 rompers. Rasanya dah cukup la dulu kan.. Hehe

Baju & seluar bermula serendah RM1. Tapi yang ni agak kotor sikit.Kalau yang rajin cuci tu, boleh la. Ada versi baju lubang-lubang saja. Terjumpa saiz besar, ambil 2 helai je. Saiz kecik dah tak nak.

RM1 satu. Nampak tak kesan kotoran sikit tu? Dah cuba basuh tadi, hilang kotoran tu. So, ok la. Kena rajin sket. :)


Belek-belek pula ke booth sebelah. RM10/2pcs. Tak pasti dua pasang or sepasang tu dikira 2pcs. Jadi cik suami pergi tanya. Bila saya tanya 'Sepasang ye b?'. Ditunjukkan jari 2. Saya faham kira sepasang RM10 untuk sepasang la, baju & seluar. Hm tak adalah murah sangat. Saya ambil 2pasang je saiz 18month. Tengok kualiti kain pun ok, selesa. 

Rupanya silap faham. Baju ni RM10 2pasang. Murah laa kann! Adeh rugi tak ambik lebih.
Jenguk-jenguk baju lain lebih kurang je. Ambil 2pasang seluar besar RM3 satu. Bila fikir balik, kenapa lah ambil yang seluar ni, kan lagi murah kalau amik sepasang yang kat atas ni, baru RM5 sepasang. Itu lah.. Dah tersilap faham tadi. Masa bayar baru perasan. Encik suami pun lepas cakap macam tu baru la dia buat klarisifikasi balik. Terlewat dah b oii. Dah pukul 10 pm ni. 

Selain tu, sempat ambil warmer RM18 satu. Ok la kot. Banding dengan brand lain RM20 ke atas. Mitten & booties RM 2 je sepasang, tapi sayangnya dah abis. Tinggal sepasang dua je. Kaler kuning terang pula tu. Ambil aje. Beli stoking baby 4 pasang RM2 (Ntah pakai ke tak nanti. Heheh ;p).

Total RM 3
Tup-tup bila bayar RM42. Eh banyak juga ek. Rasanya sikit je beli. Masuk dalam kereta baru kira balik. Cashier dah tersalah scan mitten booties tu 2 kali. So, terlebih RM2 bil kami. Tak apa lah, malas nak pergi refund balik. Sedekah je ;p


Sembang-sembang dengan akak-akak kat kampung, dorang kirim belikan untuk baby-baby dorang skali. Kirim boleh la, nak belanja tak mampu. Hehe. Maklum lah, ank buah ramai. 34 orang OK! Ha, kang beli untuk yang ni, tak beli untuk yang tu, dengki pulak.. Susah. Hehe alasann. Hmm tengok lah nanti, kalau ada masa pergi lagi. Kesian kat suami sebenarnya. Dah berapa malam tak rehat since masuk bulan puasa ni. Hujung minggu pun jadual penuh. Uni-mate nak datang buka puasa kat rumah. Nak pergi beli barang-barang. Ahad nak pergi Parenthood Fair kat Midvalley Exhibition Centre pulak. Hehe. Tak habis-habis lagi memborong kan.. ;p

P/S : Hati-hati membeli, cek dulu bil sebelum balik. Ramai jugak yang terkena macam ni. :))

Wednesday, 25 July 2012

Barang Baby Murah ~ Clearance Stock Pureen Sales 14th -15th July 2012

Akhirnya tertunailah hasrat di hati.. hehehe

Dah lama baru terr rajin nak update blog. Saja nak kongsi dengan bakal-bakal ibu kat luar sana pasal Clearance Stock Pureen Sales ni. Since orang kata pergi jualan gudang bagi mak buyung terutamanya anak sulung ni adalah perkara WAJIB, maka saya cerita la sikit.. hehe

Saya pergi dah hari kedua sales memandangkan hari sebelumnya terpaksa menghadiri Peperiksaan Kemasukan SPA-8. Sales dijadualkan bermula jam 10 am. Oleh sebab tak pernah pergi & tak arif sangat jalan kat situ, tambah pulak para mak buyung blogger cakap parking susah, kami decide untuk turun awal sket. 8.40 am dah sampai sana. Oh awalnya.. TAPI, seawal jam 8.40 am pun kami terpaksa parking jauh sikit. Almaklumlah kawasan kat situ sempit, kawasan kilang. Tak kisah lah, mampu lagi berjalan kan.. Sambil-sambil tunggu dalam kereta, sibuk perhatikan ragam-ragam orang kat situ. jam 9.00am dah penuh pintu pagar gudang tu.9.30 am, pagar dah dibuka.Inilah rupanya...

Gambar dari facebook Pureen

Kebanyakan pengunjung adalah mak-mak buyung. Ramai juga pemborong yang datang angkut berkotak-kotak. Mungkin peniaga @ peruncit. Hmm maka berhimpit-himpit la kami. 

Memandangkan saya dah buat kajian sikit pasal jualan gudang kat blog para mak buyung, maka kami menggunakan pengalaman mereka sebagai panduan.. Hehehe. Banyak juga membantu rupanya pengalaman orang lain ni. Masuk saja ke dalam gudang, kami cari booth baju dulu. Abaikan barangan lain sebab baju adalah barang rebutan terhangat pengunjung. Kena berebut-rebut sikit. Nasib la datang dengan cik suami. Nak harapkan saya sorang, rasanya kena tolak-tolak dek orang jela.
Berasak-asak. Kena sabar la ye :)

Seperti kebanyakan pengunjung lain jugak, kami rembat dulu baju-baju yang berkenan, selepas tu baru buat pilihan balik. Memang tidak akan sempat nak beli kalau tak buat macam tu. **Ramai juga yang  marah dan tak berkenan gaya macam ni. Tapi apa boleh buat kalau dah semua orang buat macam tu kan... ** Dari pengamatan saya lah, pihak pengurusan gudang pun sudah sedia maklum situasi ni sebab mereka dah sediakan tempat, kotak, & plastik untuk pengunjung pilih dan asingkan baju-baju yang berkenan. Maka, sepatutnya tak jadi isu la kan??

HATI-HATI
Tengah syok memilih, terdengar perbualan kakak-kakak kat situ. Rupanya bukan boleh rembat sembarangan saja. Jangan TERTIPU sebab baju-baju kat situ dah bercampur walaupun dilonggokkan mengikut label harga. Baju serendah RM1, RM3, RM5. Baju yang RM10 ke atas pun ada. Bila diperhatikan semula, baju-baju tu dah ditanda dengan 'highlighter' kaler kuning, oren, purple, & pink. Saya tercari-cari jugak mana nak tengok harga ikut label kaler-kaler tu tapi tak jumpa. Jadi kami decide untuk ambil yang label kuning je (dalam booth RM3). Yang tidak berlabel kami tinggalkan je. Setelah penat mencari dan memilih, inilah hasil usaha kami :)

Total RM 221.00
Mitten & Booties RM5. Harga standard kat kedai RM5.90. Since tak jauh beza, ambik 1 je
10 helai short sleeve & 4 helai long sleeve. RM3 semua. Cukup la kot ;p 

Tak tahu lagi baby girl or boy. Tapi sebab murah kan RM3, beli jugak.Geram tengok.Hehe..

Terbeli romper RM6. Ok la kot.

Ini barang-barang sampingan. Perbandingan harga, kena jenguk entri seterusnya k :)

Hooded Blanket RM 15. Jenguk kat kedai hari tu RM23.90. Jimat RM8

TIPS;
 # Tengok tag/label pada baju. Kaler yang berbeza, harga yang berbeza walaupun dalam longgokan sama. Boleh refer kat staff yang in-charge. Kalau dorang tak tau, refer kat kaunter. Bukan ape, supaya tak tertipu..senang kita nak buat budget kan. Hehe

#Survey harga kat pasaran dulu sebelum pergi ke jualan gudang ni sebab bukan semua barangan dijual dengan harga yang lebih murah. Contoh saya tengok hari tu, manual breast pam Pureen RM100 (Siap beriya kempen promosi hari tu saja!). Walhal saya baru je tengok kat Tesco sehari sebelum, harga RM99. Lagi mahal RM1 dari harga pasaran biasa (RM1 je pun.. hehe. Ish seringgit pun duit kita kan ;p)

Tuesday, 3 July 2012

Barang Baby MURAH 01

Hehe..Tajuk siap ada 01 kat belakang.. menunjukkan banyak lagi entri berkaitan tajuk 'Barang Baby' ni nanti .. :D

Pertama kali terbeli baju, tak berniat pun sebenarnya.. Kebetulan masa balik kampung (Kelantan) lalu kat KB Mall sebab nak ke Pasar Siti Khadijah. Kebetulan masa tu ada 'Baby Fair'.. Belek-belek la baju kat luar tu.Disebabkan kesuntukan masa, malas nak masuk jenguk kat dalam.. Terpandang satu romper Pigeon ni. Eh RM7 je? Murah la kan.. Jadi, ambil jela. Walaupun tengok saiz tu agak besar untuk newborn. Bila tengok label 0-9 month. Tak pelah.. Baby cepat besar kan.. 


Barang baby kedua yang kami terrrbeli jugak (sebab tak berniat kan), baby rompers. Ini pun saja nak show off sebab sangat murah.. Hehehe. Saya suka je bab murah-murah & jimat cermat ni. Harga asal 1 set rompers ni RM45. Tapi ada less 75% .. Jadi hanya berharga RM 11.25 untuk 5 helai!Kiranya sehelai romper baru berharga RM 2.25!!  Haa murah gila kan. Mana nak dapat. Tak kisahlah bukan barang branded pun, janji material kain ni selesa untuk baby saya. Disebabkan jualan penghabisan stok, maka pilihan pun terhad. Standard la kan.. Ini rupa baju tu. Ambil 2 set 9 -12 month. Tapi saiznya sama je dengan rompers Pigeon kat atas tu.. 


Menunggu untuk ke Clearance Stock Pureen Sales 14th -15th July 2012 ni. Macam teruja gitu nak cari baju-baju baby yang murah-murah lagi.. Jenguk-jenguk dekat blog ibu-ibu lain, memang berbaloi-baloi katanya. Hehe.. Tapi sayangnya clash date dengan exam SPA8.. Huhu.. Terpaksa pergi keesokan harinya.. Rasanya hari kedua ni barang pun dah banyak habis kan. Tapi tak pelah.. Kalau dah rezeki tu ada, tak ke mana. Kalau dah bukan rezeki, redha je la.. :)

Monday, 2 July 2012

Baby Boy??

Alkisah...

Cik suami berjaga malam tengok bola.. Final EURO kan. Sanggup dia tidur awal semata-mata nak pastikan tak mengantuk kat ofis esoknya.. Setelah berpuas hati dengan kemenangan bergaya pasukan pilihannya Spain mengalahkan Italy 4-0, maka tidurlah beliau jam 5.00 pagi..

Esoknya cik suami bercerita " Semalam B mimpi sayang dah beranak..baby boy .." Gelak besar saya.. Ha ha ha. Agaknya betul la kot. Saya sendiri rasa macam nak dapat baby boy je. Tapi tak pasti la..Gerak hati je.

Agaknya suami saya ni tidur dengan penuh bahagia selepas kemenangan tu, sampai mimpi dapat baby boy. Selalunya bila dia mimpi, dia tak pernah ingat pun dia mimpi apa. Hehe.. Saya pulak, selalunya bangun pagi je terus cerita kat suami mimpi saya semalam. Boleh la ingat apa yang dimimpi tu..

Anda pulak macam mana ye? Apa yang saya tahu, kebolehan kita mengingat semula mimpi ni berkait rapat dengan daya memori kita .. Kajian tentang tidur ni memang subjek yang menarik untuk kita dalami sebenarnya.. Terbayang wajah pensyarah di Unimas dulu yang mengajar subjek Abnormal Psychology. Beliau pernah menerbitkan buku kajian tentang 'Sleep behavior" dari perspektif psikologi. Sayangnya, lupa pula judul buku tu..

~Gambar tidak berkaitan.. Hehe. Hubby is 'dreaming' at Cameron Highland :)