Thursday, 14 June 2012

My Baby Bump

Kali pertama hamil saya tertanya-tanya, agaknya bila kali pertama saya boleh tengok 'my baby bump' ye? hehe.. macam teruja gitu... 

Sibuk juga baca blog-blog ibu hamil, nak tahu cerita & pengalaman hamil. Seronok tanya kakak-kakak & ipar-ipar pengalaman hamil mereka. "Ada morning sickness tak, bila nampak baby bump.., apa yang best.." Macam-macam lagi lah..

Saya asyik tengok perut & terfikir, takkan lah 12 minggu perut dah nampak?? Baju-baju kurung semua dah ketat. Masih boleh pakai, tapi sendat tang perut. Memang tak dapat di zip dah .... Sayang nya lah baju-baju tu.. baru jahit sebelum mengandung hari tu.. Agak-agak lepas beranak ni masih boleh pakai tak? Hihihi.. Menyimpan azam untuk 'slim' balik tuu.... 

Minggu lepas berpeluang balik kampung sempena pertunangan adik ipar.. Yeaahh gembira sangat boleh balik kampung sebabnya baaaanyak sangat benda yang baby umi ni nak makan. Selera kampung betul la anak umi ni.. Western semua tolak tepi. Makan je 'confirm' muntah.. Memang anak abah la ni... hehehe

Oh ye, berbalik kepada "Baby Bump" saya.. Pertama kali bila bunda tercinta tengok perut saya, terus dia tanya " betul ke baru 3 bulan ni? perut nampak macam 5bulan je..." Ehh yeke besar? Saya ingatkan normal je saiz ni kalau dah 3bulan.. Bunda cakap dia waktu mengandung dulu-dulu 5 bulan baru naik perut tu.. Sangat "RELIABLE" kenyataan mak tu.. Maklumlah, bunda saya ni SUPERWOMAN.. 15 anak k!! Haa hebatkan.. Akak-akak saya semua cakap masa mengandung anak sulong, 3bulan masih tak rasa apa-apa, perut kempis saja macam biasa. Dah masuk 5 bulan baru nampak.. Ahli keluarga lain pun tegur, waahh perut dah nampak besar.. Baru sebulan kot tak tengok.. Hehehe.. 

Yeke?? Tiba-tiba saya macam cuak sikit. Adakah baby saya besar.. ATAU.. entah-entah kembar tak? Hihihi. Seronoknya kalau betul kembar kan.. Saya ada genetik kembar. Kakak sebelum saya adalah kembar tak seiras.. Jadi, masih boleh berangan lah nak dapat baby kembar... Hihi. Daripada awal mengandung lagi saya selalu cakap kat encik suami & bunda.. Entah-entah kembar tak?.. Tak salah saya berangan kan. Kalau betul dapat, memang bonus la untuk kami..

No comments:

Post a Comment