Monday, 4 June 2012

Saya KECEWA, sedih...

Huhu.. rasa macam nak menangis je..
tak tahu lah perasaan mana yang lebih dominan, kecewa atau sedih.. macam bercelaru gitu...huuu~

Hmmm.. sebenarnya rasa 'down' sebab tak puas hati dengan sesi interview tadi.. rasa macam teruk je.. ni pertama kali kot rasa macam ni.. 
Pagi tadi dapat interview di salah satu universiti swasta kat KL.. ini kali kedua untuk 'post' yang sama sebenarnya.. Interview kali pertama tu tak dapat..tapi tak ada saya rasa sedih & kecewa macam ni sekali.. waaa.
Padahal ini bukan pertama kali pergi interview untuk jawatan ni.. Kenapa la teruk sangat 'performance'. Berterabur je cakap.. Padahal isu yang sama jugak, soalan panel pun lebih kurang sama saja dengan semua sesi-sesi sebelum ni.. Mungkin betul juga cakap encik suami. Saya dah 4 bulan duduk rumah, mungkin 'skill' tu berkurang kot.. 


**tengah-tengah syok meluah perasaan ni (Terapi Menulis) tiba-tiba tekak terasa loya yang amat.. uweekk.. habis terkeluar segala isi perut.Dah masuk angin agaknya perut ni.. Last makan tadi jam 1 p.m.. Oh patut la.. Sian baby umi, lapar ye.. umi takde selera la sayang.. makan buah pun muntah juga.. huhu.. **


Terus rosak mood nak sambung tulis lagi.. sebenarnya ada beberapa perkara berkaitan 'post' ni yang menjadi persoalan kepada saya. Nanti la sambung lagi ye... Makan dulu....


No comments:

Post a Comment