Terasa rajin menghantui diri. Hehe. Terasa ingin mencoretkan pengalaman mengenai pergerakan baby dalam perut ni.. Pengalaman paling best seorang ibu bila dapat merasa pergerakan baby dalam perut...
Saya dapat rasa 'quickening' ((En Wiki ; In pregnancy terms, quickening is the moment in pregnancy when the mother starts to feel or perceive fetal movements in the uterus )) seawal 4 bulan setengah, bersamaan dengan 18 minggu hamil. Agak cepat untuk anak pertama kan. Melalui pembacaan saya, biasanya masuk minggu ke 20 barulah ibu-ibu dapat rasa pergerakan baby dalam perut. Tapi, bergantung jugak, tak semua orang ada pengalaman yang sama.
Imbas Kembali...........
Kali pertama, rasa macam geli-geli je kat dalam perut ni. Rasa macam 'bubble' pun ada. Macam kena 'geletek' dari dalam pun ada. Hehe.. Seronok je... Lama-kelamaan, makin besar pergerakan yang saya dapat rasa daripada baby kicking, pusing-pusing, menggeliat..
Carta Pergerakan Bayi
Masuk minggu ke 27, semua mak buyung diwajibkan untuk tandakan Carta Pergerakan Bayi dalam buku pink tu.. Maka bermulalah episod tanda menanda, kira mengira..
Hari pertama, saya sangat-sangat lah risau.. Untuk cukupkan kiraan 10 kali gerakan dalam masa 12 jam tu, sangatlah menyeksakan dan merisaukan. Cukup-cukup pukul 8 malam, baru saya dapat bacaan akhir.. Baby agak pasif. Apa jadi dengan baby ummi ni... Siap menangis lagi sebab risau.
Kerisauan saya ni berdasarkan 2 faktor yang menyebabkan saya sangat berhati-hati & ambil berat tentang pengiraan pergerakan bayi ni.
1) Saya adalah pesakit GDM - risiko untuk baby 'lemas' @ meninggal dalam perut agak tinggi T___T
Nauzubillah ya Allah.. Takut saya nak nyatakan, tapi itulah hakikatnya. Saya sering diingatkan tentang risiko ni setiap kali checkup.
2) 4D scan menunjukkan tali pusat baby saya terbelit di leher - Saya dinasihatkan untuk memantau secara serius pergerakan bayi kerana khuatir baby lemas terbelit dengan tali pusat. Ya Allah.. memang dugaan yang hebat untuk saya. Masa buat scan haritu, memang berdebar bila tengok tali pusat terlilit kat leher baby. Saya diberitahu, kedudukan tu tak akan kekal sehinnga lah baby berusia 35 minggu (boleh baca entri saya sebelum ni.. ). Tapi, perlu berhati-hati. Jika rasa kurang pergerakan dalam masa 12 jam, perlu terus rujuk kepada doktor untuk check jantung baby ok @ tak.
Hari pertama pengiraan tu, baby saya agak lemah. Pergerakan pun tak kuat macam biasa. Baby hanya menendang. Tak ada pergerakan kuat macam biasa. Puas saya pujuk baby, dia hanya respon dengan tendangan yang slow je. Setiap kali tu lah air mata menitik... T___T. dah la duduk sorang kat rumah.. Tak putus saya doa supaya baby selamat.. Saya dah berkira-kira nak rujuk doktor. Bila bincang dengan encik suami, kami decide untuk tunggu sampai esok. Kalau malam masih tak bergerak, esoknya pergi ke klinik. Malam sebelum buat perkiraan tu, baby tak bergerak langsung. Saya bergolek-golek tidur menelentang ke, mengiring ke kiri ke, mengiring ke kanan ke, masih tak ada respon dari baby. Biasanya cepat je baby bergerak-gerak alih kedudukan dia dalam perut ni.. Itu kali pertama saya tidur tanpa rasa sakit perut & tanpa rasa pergerakan baby. Serius, tak rasa macam mengandung! Mana saya tak risau kan...
Alhamdulillah, malam tu pujuk-pujuk lagi baby, dapat respon yang baik. Baby dah makin aktif. Tendang la kuat-kuat baby, Ummi tak kisah baby nak buat aksi apa kat dalam ni. Ummi seronok je kalau baby gerak. Jangan buat ummi risau ye sayang... T____T
Analisis ~
Saya perasan beberapa perkara berkaitan dengan pergerakan baby ni. Saya notice baby saya mula pasif sejak hari buat scan 4D. Yela, baby asyik tidur je, tak bangun-bangun walaupun dah puas kejut dia. Biasanya baby ummi ni sangat aktif. Pantang kena usik terus 'kick'. Hero kan... Kebetulan hari tu, bacaan BP saya agak rendah 99 je. Bila teliti balik, baru teringat malam tu saya minum benda alah ni..
Yeaaa kafein! Aduh ~ Sape suruh carik pasal kan. Saya ni dah la spesis HB low (talasemia minor), ada gastrik, so Kafien ni adalah minuman larangan sepanjang kehamilan.. Memang betul agaknya kafien ni bagi kesan kat baby saya.. Saya ada surf tentang kesan pengambilan kafien masa hamil ni.
Antaranya ;
# kesukaran penyerapan zat besi
# kehilangan kalsium
# menjejaskan kadar jantung & pernafasan bayi
# melambatkan perumbuhan janin
# menyebabkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.
# menyebabkan pengecutan saluran darah, jadi mengurangkan pengaliran darah ke uri, seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen & nutrien kepada bayi
~ boleh baca lebih detail kat sini Kesan kaffien -Dr Zubaidi
Memang insaf la saya bila baca semua info ni... Kesian baby kan. Ibu-ibu hamil kat luar sana, beringatlah untuk baby anda ye ^^
Kedua, malam sebelum saya buat carta pergerakan tu, saya makan Samurai Burger. Yakni, makanan yang baby saya tak suka. Uhuks~. Baby saya ni selera tradisional ye. Sejak awal mengandung, asyik mengidam masakan kampung je. SAY NO TO WESTERN UMMI! Gitu lah gamaknya dia cakap kat dalam ni. Sejak saya mengandung ni, pandang spageti nak muntah, tengok pizza tak selera, KFC, MCD semua tamau! Makan kek Secret Recipe pun 1 slice pun tak abis okeh. Pendek kata, TAKNAK TAKNAK TAKNAK. Saya ingatkan mungkin sebab saya alahan, tu yang tak ada selera. Tapi rupanya memang baby taknak. 3 bulan pertama, 4 kali saya cuba makan burger. Burger McD, burger Bakar Kaw kaw, burger tepi jalan semuanya keluar balik k. Tak sampai setengah jam, burrrr semua terhambur keluar, muntah.. Huhuhu. Cukup lah rasanya eksperimen makanan ni. Hehe
Oh ye, kenapa saya rasa bab makan ni mempengaruhi baby jugak. Saya ada baca beberapa blog yang cerita tentang ni jugak. Ada satu mum-to-be ni, dia share babynya tak banyak bergerak since dia makan something yang mungkin baby tak suka. Doktor nasihatkan untuk makan makanan yang baby suka untuk trigger movement baby. Ha, ternyata baby seronok menendang-nendang balik. Bila teringat macam tu, saya pun cuba la. Saya terasa sangat nak makan ABC & ikan keli goreng, dah lama mengidam tapi tak sempat pergi cari. Semalam dapat makan, alhamdulillah pergerakan baby dah aktif. Seronok dia berguling-guling kat dalam ni. . Eh, tapi.. tapikan.. ni pandangan peribadi jela. Tak semestinya betul kan ;p
Trima kasih atas tips pemakanan yang nak galakkan baby bergerak.. :) Senang-senang..lawatlah www.kindhearty.blogspot.com
ReplyDelete